Mari kita lihat rahsia kegunaan blog dari pendapat dan kacamata oleh Ai Rullez:-
"Nama sebenar saya Hairul Kini berumur 14 tahun dan masih bersekolah.Mula di bidang perniagaan cara tak langsung ketika berumur 9 tahun dengan menjual barangan tertentu di sekolah. Saya masih ingat suatu masa dahulu saya menjual kad raya di sekolah ketika bulan puasa.Kad raya yang saya jual sangat laris sehingga saya kehabisan stok.Akan tetapi terlibat secara langsung dalam perniagaan adalah dengan membantu perniagaan kedai pakaian mama iaitu sewaktu usia saya 11 tahun. Saya juga mula berjinak-jinak dengan blog ketika berusia 10 tahun dengan membantu mama mengemaskini laman blognya. Mengambil bahagian dalam pertandingan membina blog di sekolah ketika berusia 11 tahun dan menang pertandingan di tempat ke 2.(Tapi bukan menang moto yer, seperti iklan power root di TV) Ha ha ha.. Ia menjadi suatu kenangan manis tak dapat di lupakan. Kakak sepupu saya ia itu Ida dan Nini banyak memberi dorongan dan panduan berguna untuk membina blog.Kak Ida dan Kak Nini seorang yang penyanyang dan amat prihatin dalam segala hal dalam pembelajaran saya.Saya rasa bertuah kerana mereka sentiasa berkerjasama untuk membantu.
Berbalik pada tajuk rahsia kegunaan blog, adalah sangat berguna kepada setiap individu mempunyai blog free untuk bermula tanpa modal.Ia bukan sahaja sebagai catatan berupa dairi peribadi perjalanan sebuah kehidupan kita tetapi juga sebagai langkah permulaan mebina rangkaian group atau mencari seramai munkin rakan-rakan kenalan.Ia juga berfungsi untuk mempromosikan perniagaan secara kecil-kecilan.
Menyentuh soal memulakan perniagaan di internet, membina blog di lihat sebagai salah suatu langkah bagi mempromosi perniagaan jika kita tidak mempunyai laman web untuk bermula.Kita juga boleh memulakan perniagaan online tanpa laman web dengan berjual beli di Ebay atau Lelong.com.Contoh pengiklanan free seperti Mudah.My juga boleh di guna untuk meniklankan perniagaan.Disamping itu laman face book yang amat popular sekarang ini juga boleh di guna untuk tujuan promosi.
Ada satu lagi pengalaman manis yang tak dapat saya lupakan dalam menceburkan diri di dunia pembelajaran komputer.Ketika itu saya berumur 11 tahun dan ingin menghadiri kursus photoshop yang di adakan di UTM Skudai. Photoshop sangat berguna dalam membina laman web.Saya telah di temani oleh Kak Ida dan Kak Nini untuk mendaftar kursus tersebut di musin cuti sekolah.Tahukah anda syarat mendaftar adalah mereka yang berumur 13 tahun ke atas dan sudah mempunyai Kad Pengenalan..Sekali pandang saya memang tak layak mendaftar kerana saya baru berumur 11 tahun.Kerana kemahuan yang kuat untuk belajar saya berjaya mengikutinya dan sama-sama berjaya mendapat sijil tamat kursus. Bagaimana agaknya saya boleh berjaya meluluskan diri untuk mendaftar dalam kursus itu? Ha ha ha ...buat bodoh saje lah......"



No comments:
Post a Comment