Saturday, May 12, 2012
Usah Takut Gagal
Kenalkah anda kepada seorang jutawan termuda di Malaysia iaitu Sabirul Islam.Beliau kini berusia 21 tahun akan tetapi sudah bergelar jutawan internet sejak berumur 17 tahun. Memulakan perniagaan dengan menubuhkan syarikat reka bentuk laman web ketika berusia 14 tahun.Mempelajari selok belok urus niaga waktu di bangku sekolah bejaya meluaskan perniagaannya untuk mendapat pelanggan dari seluruh dunia.Kata-kata nasihat darinya ialah , jangan takut gagal untuk berjaya.Perlu yakin pada diri, dan berpandangan positif. Namun apa yang lebih penting ialah bertindak segera merebut peluang. Kejayaan tercapai di usia muda hasil dari pengurusan masa yang cekap. Dengan menetapkan matlamat jangka pendek, cuba berusaha mencapai kejayaan lebih awal dari yang di tetapkan. Di samping itu bertanya kepada yang pakar dalam sesuatu bidang dan jangan berhenti menambah ilmu yang berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment