Bina perniagaan online anda yang lumayan

Biz-2u

Thursday, December 12, 2013

Langkah Awal Nak jadi Jutawan

Langkah Awal yang perlu di lakukan untuk menjadi Jutawan-----------(Kita lihat pendapat dari 'simplebisnesman.blog'
)





Berangan nak jadi jutawan.
Strategi untuk mendapat duit RM1juta Untuk nak dapat untung cepat,Untung mestilah sekurang-kurangnya RM50 atau Rm100.Kenapa RM50,Rm100? Sebab, kalau anda jual 100 produk,yang untung RM50 dah dapat RM5000.
Kalau anda jual barang yang untung 50 sen, memerlukan 2,000,000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untungRM1, memerlukan 1,000,000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM5, memerlukan 200,000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM10, memerlukan 100,000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM20, memerlukan 50,000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM30, memerlukan 33,333 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM40, memerlukan 25,000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM50, memerlukan 20,000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM100, memerlukan 10,000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM1000, memerlukan 1000 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung 50 sen, memerlukan 2,000,000 jualan.

Bandingkan jika anda hanya bekerja makan gaji sahaja.Berapa lama anda hendak mengumpul sebanyak RM1 juta
Sekiranya anda bergaji sebulan RM1000 anda memerlukan bekerja selama 83 tahun 3 bulan
Sekiranya anda bergaji sebulan RM2000 anda memerlukan bekerja selama 41 tahun 7 bulan
Sekiranya anda bergaji sebulan RM3000 anda memerlukan bekerja selama 27 tahun 8 bulan
Sekiranya anda bergaji sebulan RM5000 anda memerlukan bekerja selama 16 tahun 6 bulan
Sekiranya anda bergaji sebulan RM10,000 anda memerlukan bekerja selama 8 tahun 3 bulan









 Nak senang mesti ada usaha bukan taknak buat apa apa hanya bersenang lenang
 Nak senang mesti otak berjalan ,otak mesti kreatif
 Nak senang mesti ada strategi tak perlu perah sehabis tenaga tanpa strategi





1.       anda cari produk atau servis yang orang selalu beli. Tak kisahlah, barang itu harganya murah atau mahal.Yang penting ada orang nak beli.
Contoh yang untung sedikit seperti jual nasi lemak,kueh muih, sayur di pasar,barang makanan,rempah,sup bunjut dan lain lagi.
Contoh yang untung besar  seperti jual kereta,lori,bas dan lain-lain lagi
2.       Sekarang, senaraikan sekurang-kurangnya 10 produk.Daripada senarai tu, anda tengok, mana yang anda boleh buat sendiri. Pastikan ada, sekurang-kurangnya SATU produk!Bisnes tu nanti, kita akan mula dapat keuntungan sedikit demi sedikit.lama lama menjadi jutawan.
3.        Ok. sekarang, jalankan bisnes tadi ! Target pertama anda mesti buat super sale.Jika sales anda tak menjadi kenalah cari usaha bagaimana nak naikkan sales.Bila dapat untung,Setengah anda ambil buat belanja, setengah lagi anda guna buat modal.
Modal tu, seperti, bahan mentah, flyer, iklan dan sebagainya.
4.       Untuk menjadi jutawan anda perlu melalui dulu proses  no 1,2,3 .Jika anda tidak bermula dengan yang kecil mana mungkin anda boleh bergelar jutawan.Bila anda bergelar jutawan mesti perlukan tahu selok belok perniagaan jika tidak duit yang banyak itu akan lesap begitu sahaja. Selok belok perniagaan hanya boleh di perolehi melalui pengalaman berniaga.Setiap jutawan mesti ada strategi macammana nak buat sale.Jika anda berangan nak jadi jutawan tapi tak ada strategi nak buat sale.Setakat berangan sahajalah.
5.       Strategi nak buat super sale no 1.Jika anda jual barang untung bawah RM50 dan tak ada kedai.
Contoh, anda pandai buat dodol.Anda buat dulu dodoh satu kuali.Pek dan jual.Jual kat taman perumahan dahulu,kat kawan-kawan.Jika sales tak banyak buat pulak flyer tabur je kat mana-mana,buat banner pasang je kat mana-mana, gantung kat tiang,pokok dan sebagainya.Jika anda tak sanggup buat macam ni memang sales anda tak menjadi.
Jika anda ada kedai juga buat perkara yang sama.Tengok strategi along pinjam wang.Walau pun kita tahu bahaya tapi ramai juga orang meminjam along.
Jika anda buat produk makanan seperti tempe,cili giling,kerepek dan sebagainya mestilah  ada seorang kakitangan yang kerjanya taruk produk anda di kedai.Jika tak buat macam tu tak adalah orang nak beli produk anda.
6.       Strategi nak buat super sale  no 2.Jika anda jual batang untung RM50 ketas.Target 100 jualan dalam sebulan, anda dah dapat RM5000.Keluar rumah mesti jumpa orang,mesti mulut manis, mesti pandai cakap,mesti pandai pilih target pembeli,mesti ada flyer kecil bagi kat orang.Jika tak mampu buat sendiri kena gaji orang lain.
7.       Strategi nak buat super sale  no 3.Bila anda dah perkenalkan produk kepada orang lain,akan ada pemborong yang akan berminat memborong barang anda.Bila pemborong dah ambil dari anda, barulah sales anda akan meningkat dan perniagaan akan mula stabil.
  

Saturday, October 5, 2013

Top, anak muda jutawan dari Thailand


Seperti remaja lain seusia dengannya, Top berasal dari Thailand
sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.

Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.Akhirnya Top merasa kesal kerana mengabaikan persekolahannya. Tapi dia tetap tidak putus asa.
Dia mula pula berniaga kacang rebus. perniagaannya walau pun maju , terpaksa menghentikan jualan kerana pihak atasan shopping Mall membatalkan penyewaan gerainya. Ini kerana asap yang terhasil dari mesen Top merosakkan bumbung Mall.
Bagaimana pun Top berjaya mencipta produk makanan snek rumpai laut dan menjualnya ke pasaraya 7_eleven seterusnya menjadi pembekal barangan makanan  jenama Top itu..Bermulahlah kehidupannya yang kaya bukan saja berjaya melunaskan hutang ayahnya tapi telah menjadi jutawan muda se awal usia 16 tahun.

Asal kehidupan orang susah, akhirnya jadi jutawan muda


 Rusli sendiri tidak menyangka perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan sebagai penjual kad nilai tambah untuk telefon bimbit sewaktu zaman remajanya menjadi titik tolak pencapaian yang besar pada hari ini. Kini sudah menjadi jutawan muda  berusia
awal 30 tahun
Beliau berkata, dengan modal RM50,000 yang dipinjamkan oleh seorang individu tetapi enggan dinamakan, Rusli berjaya menguasai pasaran kad nilai tambah di beberapa daerah di Kelantan kira-kira lebih 10 tahun lalu.
Beliau berkata, dengan keuntungan sebanyak RM1 bagi setiap kad nilai tambah yang dijual, dijadikan modal untuk membuka syarikat kelas F dengan menumpukan projek pengubahsuaian pejabat.
‘‘Biarpun memiliki projek kecil-kecilan ini, saya tetap tidak berpuas hati kerana saya mempunyai impian untuk menjadi orang kaya. Saya suka membaca kehidupan orang kaya dan selalu menganyam impian menjadi orang kaya.
‘‘Segala-galanya kerana kehidupan keluarga saya yang susah. Oleh sebab itu, sejak muda lagi saya selalu berangan untuk memiliki gelaran Datuk seperti ahli perniagaan berjaya di Malaysia,” kata Rusli sambil ketawa.
Beliau berkata bersandarkan semangat mahu menjadi kaya, anak kelahiran Kelantan ini memberanikan diri meminta bantuan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjalankan perniagaan mengeskport produk halal di Timur Tengah.
Rusli berkata, pada usia 26 tahun, beliau telah berjaya menjalankan perniagaan di Abu Dhabi, Jordan, Dubai, Bahrain dan Arab Saudi, meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko dan rintangan.
Beliau yang fasih berbahasa Arab sejak kecil lagi mengakui menjalankan urus niaga dengan bangsa Arab bukan mudah kerana mereka begitu licik dalam membuat sebarang perhitungan untuk mengaut keuntungan besar.