Bina perniagaan online anda yang lumayan

Biz-2u

Saturday, October 5, 2013

Asal kehidupan orang susah, akhirnya jadi jutawan muda


 Rusli sendiri tidak menyangka perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan sebagai penjual kad nilai tambah untuk telefon bimbit sewaktu zaman remajanya menjadi titik tolak pencapaian yang besar pada hari ini. Kini sudah menjadi jutawan muda  berusia
awal 30 tahun
Beliau berkata, dengan modal RM50,000 yang dipinjamkan oleh seorang individu tetapi enggan dinamakan, Rusli berjaya menguasai pasaran kad nilai tambah di beberapa daerah di Kelantan kira-kira lebih 10 tahun lalu.
Beliau berkata, dengan keuntungan sebanyak RM1 bagi setiap kad nilai tambah yang dijual, dijadikan modal untuk membuka syarikat kelas F dengan menumpukan projek pengubahsuaian pejabat.
‘‘Biarpun memiliki projek kecil-kecilan ini, saya tetap tidak berpuas hati kerana saya mempunyai impian untuk menjadi orang kaya. Saya suka membaca kehidupan orang kaya dan selalu menganyam impian menjadi orang kaya.
‘‘Segala-galanya kerana kehidupan keluarga saya yang susah. Oleh sebab itu, sejak muda lagi saya selalu berangan untuk memiliki gelaran Datuk seperti ahli perniagaan berjaya di Malaysia,” kata Rusli sambil ketawa.
Beliau berkata bersandarkan semangat mahu menjadi kaya, anak kelahiran Kelantan ini memberanikan diri meminta bantuan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjalankan perniagaan mengeskport produk halal di Timur Tengah.
Rusli berkata, pada usia 26 tahun, beliau telah berjaya menjalankan perniagaan di Abu Dhabi, Jordan, Dubai, Bahrain dan Arab Saudi, meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko dan rintangan.
Beliau yang fasih berbahasa Arab sejak kecil lagi mengakui menjalankan urus niaga dengan bangsa Arab bukan mudah kerana mereka begitu licik dalam membuat sebarang perhitungan untuk mengaut keuntungan besar.

No comments:

Post a Comment