Seperti remaja lain seusia dengannya, Top berasal dari Thailand
sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.
Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.Akhirnya Top merasa kesal kerana mengabaikan persekolahannya. Tapi dia tetap tidak putus asa.
Dia mula pula berniaga kacang rebus. perniagaannya walau pun maju , terpaksa menghentikan jualan kerana pihak atasan shopping Mall membatalkan penyewaan gerainya. Ini kerana asap yang terhasil dari mesen Top merosakkan bumbung Mall.
Bagaimana pun Top berjaya mencipta produk makanan snek rumpai laut dan menjualnya ke pasaraya 7_eleven seterusnya menjadi pembekal barangan makanan jenama Top itu..Bermulahlah kehidupannya yang kaya bukan saja berjaya melunaskan hutang ayahnya tapi telah menjadi jutawan muda se awal usia 16 tahun.

No comments:
Post a Comment