Bina perniagaan online anda yang lumayan

Biz-2u

Thursday, May 17, 2012

Bagaimana nak jadi kaya

Tentu ramai orang suka bila memperkatakan tajuk ini.Kalau anda benar-benar nak jadi kaya,BUATLAH sedikit kaji selidik tentang apakah keperluan dan permintaan dari pasaran.Jadilah BOS dalam perniagaan sendiri dengan mmembuat PRODUK sendiri terutama dalam perniagaan internet.Apakah produk yang paling popular sekarang ini? Tentu anda ada jawapannya tersendiri. Yang pasti carilah perniagaan yang kurang saingan.Setelah perniagaan mula menghasilkan keuntungan , gunakanlah sebahagian keuntungan itu sebagai modal umtuk mengembangkan perniagaan di bidang lain pula.Dengan cara ini sudah pasti pendapatan berganda dan anda ada pontensi menjadi kaya.
Apa panduan yang patut kita perhatikan jika mahu menjadi kaya.Kalau anda ingin menjadi kaya sebenarnya kita perlu mencontohi dan mengkaji minda dan sifat-sifat yang ada pada orang-orang yang berjaya berusaha menjadikan diri mereka kaya.Mari kita perhatikan apakah sifat-sifat yang ada pada seorang jutawan.Pertamanya kebanyakan mereka bersifat POSITIF akan segala masaalah tidak merungut sebaliknya berusaha mengatasinya.Seterusnya mereka tidak mengenal perasaan putus asa atau berani menghadapi kegagalan.Kebabyakan jutawan pernah gagal dan menjadikan kegagalan sebagai suatu pengalaman dan pembelajaran.

2 comments: